Sumbangan Bagi Naiktaraf Bilik Serbaguna Alumni (AREAL FRSB)

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CADANGAN MENAIKTARAF BILIK SERBAGUNA ALUMNI (AREAL FRSB),  FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

1.0       TUJUAN

Kertas ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan ahli Pengurusan Fakulti, Fakulti Rekabentuk dan Senibina bagi cadangan menaiktaraf Bilik Serbaguna Alumni (AREAL FRSB), di Aras Satu, Bangunan Utama, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Cadangan ini melibatkan pemasangan papan tanda baharu, access smart door untuk tujuan keselamatan, dan kerja-kerja pecahan dinding (‘wall hacking‘) untuk memperluas dan mengoptimumkan penggunaan ruang, seterusnya meningkatkan keselesaan dan kemudahan ahli alumni fakulti.

  • LATAR BELAKANG

 

2.1 Bilik Serbaguna Alumni, yang sebelum ini dikenali sebagai Bilik KASEL, telah diberikan nama baharu, iaitu “AREAL FRSB”. Nama ini dipilih berdasarkan keputusan undian dalam talian yang telah dijalankan oleh Pejabat TDAAH dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan ke-254 pada 25 September 2024. Bilik ini merupakan hasil gabungan tiga kelab alumni dari tiga jabatan berbeza, iaitu ARCAL (Alumni Senibina), KASEL (Kelab Alumni Senibina Landskap), dan KAREKA (Kelab Alumni Rekabentuk Perindustrian)

2.3  Bilik Serbaguna ini akan dinaiktaraf untuk memiliki struktur yang lebih jelas, dengan ruang perbincangan dan sesi latihan yang lebih selesa serta mesra pengguna. Gabungan antara kesediaan ruang fizikal dan ruang perbincangan yang kondusif dijangka dapat membantu perkembangan aktiviti alumni dan memperkasakan komuniti fakulti secara keseluruhan.

2.4  Sehubungan itu, Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) berusaha untuk menambahbaik kemudahan di Bilik Serbaguna Alumni bagi meningkatkan kualiti pengurusan fasiliti secara optimum. Ini juga akan membolehkan bilik ini menjana pendapatan sampingan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang, dengan menyediakan fasiliti moden yang menekankan aspek keselamatan serta memberikan keselesaan kepada pengguna.

 

 

  •      OBJEKTIF

3.1   Menaiktaraf ruang diskusi alumni prasiswazah dan siswazah FRSB selari dengan teknologi kemudahan semasa

3.2   Meningkatkan tahap keselesaan pengguna dalaman dan pihak luar untuk merancang persediaan latihan, seminar dan pembentangan laporan aktiviti dalam ruang yang kondusif.

3.3   Mewujudkan kemudahan sokongan dengan cara pemantauan berterusan dan meningkatkan output dan produktiviti yang mesra pengguna.

 

4.0    IMPLIKASI KEWANGAN

 

4.1        Berikut adalah cadangan menaiktaraf Bilik Serbaguna Alumni (AREAL FRSB) dan kos yang berkaitan.

Bil.

Perkara/Item

Kuantiti/Unit

Anggaran kos (RM)

Catatan

1.

Membekal dan memasang papan tanda baharu

“AREAL FRSB”

1

300.00

Disumbangkan oleh ARCAL

2.

Membekal dan memasang Smart Door

1

209.99

Disumbangkan oleh ARCAL

3.

Wall Hacking / Meruntuhkan dinding serta memberikan kemasan

1

1,600.00

Menggunakan peruntukan pengurusan FRSB

Jumlah Besar

2,109.99

 

5.0       CADANGAN PAPAN TANDA

 

6.0       LOKASI WALL HACKING

 

 

 

7.0       SYOR

 

Ahli Pengurusan Fakulti Rekabentuk dan Senibina dimohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan menaiktaraf Bilik Serbaguna Alumni (AREAL FRSB), Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Cadangan ini melibatkan pemasangan papan tanda baharu, Smart Door, serta kerja-kerja wall hacking (meruntuhkan dinding) bagi mengoptimumkan ruang, dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM2,109.99 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Satu Ratus Sembilan dan Sembilan Puluh Sembilan Sen Sahaja). Kos ini akan dibiayai melalui peruntukan kelab, sumbangan alumni, dan peruntukan pengurusan fakulti.

Disediakan oleh:

Ts. Raihan Maskuriy

Penyelaras Alumni Jabatan Senibina

Setiausaha ARCAL

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Universiti Putra Malaysia

Tel: 01153521007

Emel: raihanmaskuriy@upm.edu.my

Disemak oleh:

Prof. Madya Dr. Zalina binti Shari

Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal-Ehwal pelajar & AlumnI)

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Tel: 03-97694091

E-mel: tdaafrsb@upm.edu.my

22 Oktober 2024

Sumbangan boleh dibuat pada akaun tertera :

NAJMIZES STUDIO

21245760033923

RHB Islamic Bank Berhad

Reference : Sumbangan AREAL